Pages

Monday, July 18, 2011

Jusco 17/7/11

17.7.2011
Terima kasih banyak2 sbb korang sanggup join aku ( NadzmiKaiTariqThaqif ) untuk tgk wayang kat Jusco.
Smalam antara pengalaman jalan-jalan yang paling best aku pernah rasa.
Lain kali kita gi iCity plak ek main ICE. lol
oh tak pon tengok wayang lagi kat Jusco Bukit tinggi :D

Oh and tak lupa gak IraZahira Zainal ) dengan kwn2. Haha 1st time jumpa ... agak awkward .
Anyway, harap2 lepas ni leh jalan2 lagi macam semalam. Thanks all sbb join aku.
(dari kiri) Sazman, Tariq, Khai, Thaqif, Nadzmi
(dari kiri) Tariq, Thaqif, sazman, Jimy, Khairul 

Thanks to DejahDejah ) sbb jadi tukang photographer gak.

p/s click the name in the bracket to view their facebook profile

Sunday, July 3, 2011

Assignment 3


Sejuta Impian

Saya Mohd Sazman mempunyai cita- cita untuk membuka sebuah syarikat besar yang menjual alat – alat perhiasan rumah yang mewah dan berciri moden. Syarikat ini saya akan beri nama syarikat Man Mewah Sdn Bhd.  Saya berhasrat syarikat saya ini dapat diperluas sehingga ke persada dunia.Saya ingin mempromosikan perhiasan rumah jenama Malaysia yang berkualiti bertaraf dunia.
Sebagai langkah pertama, saya ingin membuka kedai secara kecil – kecilan di mana- mana rumah kedai yang sesuai. Mungkin di sekitar rumah saya iaitu di Klang, Selangor. Saya akan mula menjual barang-barang perhiasan dan peralatan seperti kipas siling, katil, lampu siling, lampu meja dan sebagainya. Barang- barang yang saya promosikan lebih kepada jenama Malaysia tetapi ada juga menjal barangan berjenama antarabangsa seperti kipas berjenama KDK dan PANASONIC.
Hiasan rumah yang dijual juga merangkumi gambar-gambar perhiasan rumah, lampu malam, wallpaper, dan sebagainya.
Sekiranya kedai saya yang kecil ini telah mendapat keuntungan yang mencukupi, saya ingin memperluas lagi perniagaan saya dengan membuka lebih banyak cawangan kedai di serata Selangor. Dengan membuka lebih cawangan perniagaan, saya dapat memperbanyakkan keuntungan perniagaan dan syarikat saya., seiring memperkenalkan jenama Malaysia kepada rakyat Malaysia sendiri agar mereka lebih mempercayai kualiti barangan keluaran Malaysia. Saya juga akan mengupah beberapa pekerja untuk menjaga kedai, menguruskan urusan jual beli, akauntan dan penyelia untuk mentadbir dan menguruskan stok stok kedai yang dibeli di setiap anak kedai yang saya ada.


Jika diberi peluang, dan rezeki dari Allah,perniagaan saya ini boleh diperluas dari dalam Selangor sehingga ke seluruh negeri di Malaysia. Ini akan membuat syarikat Man’s Mewah akan dikenali dan menjadi terkenal di Malaysia seperti kedai pakaian Jackal, dan Al-Ikhlas. Dengan ini, perniagaan saya ini akan mendapat lebih keuntungan. Pada masa yang sama, saya akan memperbanyakkan penjualan barangan yang dibuat di Malaysia. Impian saya agar syarikat saya menjadi terkenal dan maju di sampaing mempromosikan barangan Malaysia. 



 
Akhirnya, impian saya adalah agar syarikat saya akan berkembang lebih maju, dan dapat diperluas ke luar negara. Saya akan dapat memperkenalkan barangan dari Malaysia seperti Pensonic. Negara-negara yang saya harap dapat membuka cawangan adalah di Amerika, Jepun, England dan negara-negara maju yang lain. Jika barang-barangan Malaysia yang dijual oleh syarikat saya mendapat sambutan, ini dapat membuktikan bahawa perniagaan saya amat berjaya, di samping barangan Malaysia akan di pekernalkan di seluruh dunia. Saya berharap agar sesebuah pihak akan dapat memberikan modal tambahan kepada saya agar dapat menjadikan impian ini sebagai impian yang boleh dicapai.

Assignment 2

Pengalaman Belajar Computer Application

Masa 1st time belajar comp app ni rasa teruja jugak. Ye lah sebab computer application ni, subject 1st time aku belajar. Aku tak pernah pon belajar subject ICT dekat sekolah dulu. Cuma tahu sikit2 saja pasal computer. 1st day belajar haritu, tak pasal2 kena jadi Assistant Class rep :( Lucky, Sir Izwan Isme orang yang sporting. Tapi assignment dia bagi selalunya banyak untuk seminggu tu. Dari buku teks dengan buku lab. Kami pon sudah ketinggalan 2 kelas, jadi terpaksa belajar habiskan chapter by chapter dengan pantas
Tapi kesuluruhannya, lecturer dengan subject ini masing-masing best. Lagipon aku memang minat computer sejak dari kecil lagi. Sangat enjoyable bagi saya untuk belajar computer application ni di Unisel.