Cerita mengenai Diriku
Pada tanggal 28 September 1993, aku telah dilahirkan oleh mama ku di Hospital Besar Kuching, Sarawak. Bapa aku bernama Mohd Zin Jamal. Mama ku pula bernama Azizah bt Mohd Salleh. Aku diberi nama Mohd Sazman oleh mama ku. Keluarga ku menetap di Sarawak buat sementara waktu kerana bapa mempunyai urusan kerja di sana. Aku dapat merasa tinggal di Kuching Sarawak selama 6 bulan. Kuching Sarawak dikatakan bandaraya yang indah tetapi malang bagiku kerana masih kecil untuk mengingati semua kenangan itu.
Selepas 6 bulan aku lahir di Sarawak, keluarga aku kembali berpindah ke Semenanjung Malaysia. Bapa telah membeli sebuah rumah dan kami menetap di sebuah rumah teres di Sungai Wei, Petaling Jaya. Kami berpindah di sini pun kerana bapa telah berpindah tempat kerja ke sini. Tetapi tidak lama juga kami berpindah ke Klang. Lebih kurang semasa umur aku 3 tahun kerana kerja bapa di Petaling Jaya telah dapat disiapkan. Semasa ini juga mama sedang bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Kami akhirnya berpindah ke Klang, dan menetap terus di sini sehingga sekarang. Pada umur aku 5 tahun, aku telah dihantar masuk ke Tadika Anggerik di Seksyen 7 Shah Alam. Bapa aku menghantar aku ke situ kerana dekat dengan tempat kerjanya di Kolej Inpens yang dahulunya terletak di Kampus Unisel Shah Alam sekarang. Aku kira lebih kurang 3-4 kali bertukar tadika di Klang sebelum akhirnya masuk ke Seksyen 7 ini.
Aku berada di tadika itu sehingga umur aku 6 tahun. Banyak kenangan pahit manis aku ketika di tadika itu. Ada juga rakan-rakan dari tadika itu bersama aku sehingga ke Sekolah Menengah. Dekat tadika, aku pernah memenangi acara sukaneka. Warna rumah sukan aku, rumah Kuning. Semasa di tadika juga aku telah menyertai pasukan Tae Kwon Do di situ selama 1 tahun iaitu sehingga tali pinggang Hijau. Dekat2 aku amik test tali pinggang biru , Sir yang ajar kitaorang telah berpindah dan menyebabkan kelas Tae Kwan Do di tadika itu pon terpaksa berhenti sehingga diorang jumpa Sir baru untuk mengajar. Aku lepas habis tadika, mula lah aku melangkah kaki ke Sekolah Rendah. Aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik (SKBA) di Seksyen 6(2), Shah Alam. Aku masa tu masuk kelas 1 Intan. Aku hari pertama tu biasa lah cam kebanyakkan budak-budak lain, tak nak gi sekolah. Tapi minggu ke – 2 tu semua dah ok. Da kenal ramai kawan-kawan, so tidak takut lagi untuk kesekolah.
Rasa seronok pulak. Ada jugak kawan-kawan tadika aku yang masuk sama sekolah dengan aku. Tahun ke – 2 di sekolah itu, aku masuk kelas 2 Intan. Masa darjah 2 dan seterusnya, aku dah biasa dah dengan keadaan di sekolah tu. Siap jalan pusing-pusing satu sekolah dengan kawan bila habis waktu sekolah. Aku ingat lagi aku kene marah dengan mama sebab balik lambat tak bagitau diorang.
Mama dah la lambat pergi kerja masa tu. Semenjak kene marah, itu lah kali terakhir aku lepak dengan kawan-kawan lepas sekolah tanpa kebenaran.
Tahun depannya, aku dah tukar kelas. Bukan lagi kelas Intan. Tapi masuk kelas pertama iaitu 3 Baiduri. Kelas Baiduri kira kelas pertama lah antara 4 kelas di SKBA tu. ( Baiduri, Delima, Intan, Mutiara ). Pada darjah 3 ni lah aku start aktif dalam sukaneka. Aku dari darjah 1, rumah sukan aku warna kuning. Sampai darjah 6. Aku suka masuk kawad kaki lawan antara rumah. Aku mula suka sertai kawad kaki adalah dari darjah 3, sampai lah habis sekolah menengah. Tak payah nak berlari-berlari, cuma jalan-jalan macam robot saja. Aku pertama kali menang piala kawad kaki, pada darjah 3 lah. Rumah kuning dapat tempat ke – 2 dari 4 rumah lain. Masa darjah 3 jugak, aku pernah menang pertandingan mewarna yang dianjur oleh company Dumex.
Lepas tu, aku masuklah darjah 4, kelas 4 Baiduri. Masa darjah 4 ni, aku dengan 4 kawan lain masuk pertandingan Sains peringkat sekolah. Kitaorang menang tempat pertama masa tu. Tahun ni gak aku masuk kawad kaki, tapi tak menang apa-apa.
Darjah 5 pulak, aku (selalu main2), kene la masuk 5 Delima. Berpisah dengan kawan2 tadika aku.
Darjah 5 aku kurang aktif sebab dah malas nak masuk kawad kaki buat sementara waktu dan tak banyak benda berlaku masa darjah 5. Tahun depannya, aku masuk kelas 6 Delima. Tahun ni tahun aku last masuk kawad untuk sekolah. Tapi tak menang apa-apa jugak. Tahun ni ada UPSR, so aku pun sibuk dengan tuisyen semua. Itu pon dapat 2A 3B je UPSR tahun 2005. Itu pun 2-2 Bahasa Melayu ( Pemahaman, Penulisan ). Subject lain (English, Matematik, Sains) dapat lah B. Pada akhir tahun 2005, keluarlah aku dari SKBA tu dengan membawa banyak kenangan alam persekolahan pertama.
Pada tahun 2006, aku pon masuk Sekolah Menengah. Nama sekolah tu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam (SMKS7). Tahun pertama, aku masuk kelas 1 Budi. Pertama kali aku masuk sekolah tu, rasa janggal pon ada. Sebab lain suasana dengan sekolah rendah. Lagipon tidak kenal pon kawan-kawan baru kat situ. Kokorikulum pon aku terpaksa aktif masa tingkatan 1. Aku sertai kelab Bahasa Melayu, PBSM dengan Badminton. Aku masa ni join balik aktiviti kawad kaki untuk rumah sukan. Warna kuning jugak rumah sukan aku. Sampai lah habis sekolah. Dari tadika sampai ni, kuning saja. Tapi masa ni tak menang apa-apa pon. Sebab kuning nombor 4. Masa tingkatan 1 ni pon, aku buat ramai kawan-kawan baru. Dan ada jugak sorang kawan dari sekolah rendah aku sama kelas dengan aku.
Tahun 2007, aku teruskan hidup aku dengan masuk tingkatan 2 Budi. Tahun ni aku masuk kawad kaki untuk PBSM, menang tempat ke – 3. Daripada 4 badan uniform yang lain. (Pengakap, KRS, Polis). Ini kali pertama aku masuk kawad kaki untuk badan beruniform. Memang tak sempat nak belajar kat kelas, sebab banyak kali habis masa untuk belatih kawad kat luar kelas. Masa tingkatan 2 tu, memang keputusan periksa macam ombak. Kejap ok kejap tak. Nasib final exam, aku dapat ok sikit keputusan, dapat naik kelas 3 Azam.
Masa berada dekat 3 Azam la zaman paling seronok aku rasa ketika berada di sekolah menengah. And antara masa aku paling penat. Sekolah pagi kat Shah Alam, petang pergi tuisyen dekat port klang.
Masa tingkatan 3 jugak, aku dapat join balik kawan-kawan lama aku masa sekolah rendah dulu. Form 3 aku selalu jugak kene denda dengan kawan-kawan sebab tak siap kerja sekolah.
Tapi akhir-akhir tahun, kitaorang jadi rajin sikit. Buat study group di sekolah. Lepas habis PMR, rakan-rakan 3 Azam buat rombongan ke Kalumpang.
Aku pon sertai lah sekali rombongan itu. Walaupun hanya 2 hari 1 malam, tapi pengalaman bersama kawan-kawan aku dekat sana tak boleh aku lupakan sampai bila-bila.
Kawan-kawan baik aku masa form 3 ialah Khairul Anuar dan Mujahid.
Lepas bebarapa minggu, keputusan PMR pon keluar. Keputusan aku amat lah tidak membanggakan. Cuma 3A 3B 2C. 3 A itu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dengan English je. Terpaksa terima je lah kenyataan, dah penat-penat belajar pon tak dapat gak capai 5A keatas.
Tahun hadapannya pula, aku masuk kelas 4 Akaun. Saja amik kelas akaun, walaupun aku ni tak minat kira-kira langsung. Bab matematik memang aku kurang minat kerana aku ni slow sikit kira-kira ni. Tapi amik jelah sebab kalo tak, ade kelas perdagangan, lagi aku tak minat. Masa tingkatan 4 ni, aku dpt banyak kawan-kawan baru sebab kawan tingkatan 3 aku, ramai masuk kelas science. Maklumlah dorang dapat 3A keatas, tak ada C. Kawan-kawan aku masa form 4 ni pon best jugak sebab diorang ni pandai-pandai and senang dibawa berbual. Aku ni orang yang suka merepek-merepek, tapi diorang layan saja. Itu yang best kawan dengan diorang. Masa form 4, aku tak masuk kawad lagi dah. Aku hadirkan diri untuk kokorikulum cuma untuk dapat markah koko saja. Dah penat dengan jemu. Lagipun, masa form 4, masa aku terlalu padat sangat. Nak belajar lagi, ade kursus macam-macam lagi. Ada project khidmat masyarakat dari sekolah lagi, kira penat jugak lah masa ni. Dah la aku duduk jauh. Klang ke Shah Alam pagi dengan petang. Tiap-tiap hari bekerja dengan hari sabtu asyik pergi sekolah saja. Dengan tak faham lagi pelajaran baru topik tingkatan 4, stress dibuatnya. Masa form 4 ni jugak, aku ada ikut sekolah aku pergi PWTC. Ada pesta buku masa tu. Ini pertama kali aku pergi pesta buku dengan kawan aku. Aku masa akhir bulan 10, pergi ke Mekah bersama keluarga dengan saudara mara aku.
Masa sebelum pergi tu, aku sempat ambik peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 4. Tapi keputusan nya amatlah tidak menyenangkan hati.
Kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada awal bulan 12. Dapat rehat 2 minggu saja, kemudian kene masuk ke sekolah semula untuk tingkatan 5.
Tingkatan 5, kawan-kawan tetap sama. Cuma terdapat banyak dugaan semasa tingkatan 5 ini untuk kelas 5 Akaun (kelas aku). Kelas asyik kene pindah sebab pelajar 5 Akaun ade 49 orang 1 kelas. Dah tak muat mana-mana kelas pon. Cikgu pon ada yang halau dari kami dari kelas sebab tumpang kelas dia.
Agak lama jugak kami tak ada kelas masa tingkatan 5. Asyik menumpang kelas orang lain saja. Ramai sangat pelajar, dan tak cukup cikgu untuk pecahkan kelas. Terpaksa lah belajar walaupun keadaan memeningkan. Aku dengan beberapa rakan lain pon kene marah dengan guru disiplin, sebab marah-marah kat facebook kerana dihalau dari kelas oleh guru itu. Agak tension jugak lah keadaan semasa tingkatan 5. Tapi nasib dah pertengahan bulan, kami dapat kelas yang betul walaupun di dewan peperiksaan. Tahun ni jugak aku ada pergi PWTC lagi ikut rombongan sekolah untuk Pesta Buku. Masa ini, aku terpaksa menyertai satu kempen membaca di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) iaitu Langkah Pertama. Perlu membaca 3 helai muka surat di atas pentas. Dapat sijil penghargaan lah jugak. Masa form 5 ni jugak aku ade sertai banyak bengkel yang dianjurkan oleh pihak luar seperti kempen yang dianjur oleh Unisel, Di Unisel, Shah Alam pada tahun 2010. Dan juga bengkel menjawab peperiksaan. Akhirnya, pada bulan 11, kami semua pon menduduki SPM.
Masa tu, semua pelajar termasuk aku, rasa sangat takut. Walaupun cikgu tuisyen dan sekola dah ucapkan selamat berjaya kat kami.
Terpaksa lah gunakan sepenuh ilmu yang ada, dan curahkan di atas kertas kajang yang disediakan oleh lembaga peperiksaan. Aku paling tak suka subject Additional Mathematics sebab aku memang tak suka menghafal formula.
Akhirnya selepas beberapa minggu exam, kerana exam Ekonomi asas 24/12/10, baru lah aku rasa merdeka dari segala pelajaran, buat sementara waktu.
1 Minggu lepas tu, kelas driving kereta dan motor aku pon bermula. Bangun lagi pagi-pagi untuk pergi ke Metro belajar. Dua kemudian (tahun 2011) dapat lah aku lesen P. Sebab aku buat kereta sebulan, dan motor bulan ke – 2. Dapat lesen P kira-kira dalam bulan March.
23 March 2011, keputusan SPM di umumkan di seluruh sekolah menengah di Malaysia. Aku rasa semua pelajar sama macam aku, semua risau dengan takut dengan gementar dan sebagainya. Bila keputusan diumumkan, aku berasa bersyukur sangat kerana dapat 2A (English, Pendidikan Islam) 4A- (Maths, BM, Science, Account) 1B+ 1B 1E. Walaupun ade E di situ, tapi tak mengapa kerana E itu Addional Mathematic yang aku tak memang tak suka. Hantar kertas kosong, tulis sikit-sikit pon dapat E dah kira bersyukur dah tu.
Lepas ni aku apply di UPU untuk IPTA. UITM – Perakaunan , TESL dan UniSZA – Perkaunan dan TESL. Aku juga apply untuk Program Asas Pengurusan di Unisel.
Lepas keputusan UPU keluar, aku telah dapat tawaran untuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk mengambil course DIPLOMA IN TESL. Lepas ni jugak, sekolah aku adakan hari anugerah cemerlang untuk SPM dan PMR 2010.
Masa itu, ramai kawan-kawan aku cakap diorang dapat masuk UiTM. Masa anugerah tu, dapat lah aku Sijil dengan duit sumbangan RM 50. Aku agak kecewa kerana tidak dapat masuk Uitm. UniSza cuma ada di Terengganu.
Tapi apakah daya, tidak ada rezeki untuk masuk ke UiTM. Masa tu pulak, surat tawaran dari Unisel sampai untuk Program Asas pengurusan. Lebih baik aku amik Unisel dari UniSza kat Terengganu. Jauh betul. Unisel di Shah Alam sahaja. Pada 25 Mei 2011, aku telah mendaftarkan diri di Unisel dan sertai sekali sesi orientasi yang diadakan bersama rakan-rakan yang lain. Sehingga Sekarang. Aku masih berada di Unisel. Aku berharap aku dapat menghabis program tahun asas ini dengan cemerlang.